..trade with the world..
BoutiquePalace.com

 

DIARI HATI TIA FIONA: ~Chapter 1~ “Bonda aku masih lagi yakin kepada peribahasa kita: betapa pun jauhnya terbang bangau, akhirnya akan bertenggek di belakang kerbau juga. Begitu jugalah dengan diriku, betapa pun jauhnya kau menyingkirkan diriku, suatu ketika aku bakal kembali juga ke pangkuanmu. Tidaklah aku kembali nanti sebagai anak yang telah menggagalkan masa depannya sendiri dan menjadi anak yang tidak mengakui itulah bondanya disebabkan kegemilangannya. Doakan bonda, bahawa cerita si Tanggang yang sangat dibenci oleh masyarakat kita tidak aku alami. Sedapat-dapatnya aku mahu menjadi seperti Raden Ajeng Kartini yang benar-benar mengerti apakah sebenarnya erti ilmu dalam kehidupan manusia. Bonda ke mana pun kita pergi, sinar bulan tetap sama warnanya. Begitu jugalah dengan tempat yang aku tuju itu. Aku melihat warna bulan yang sama. Cuma cuaca di tempat aku berada sekarang jauh berbeza daripada tempat kita. Itulah negara bunga Sakura. Ya, bunga Sakura, bonda. Dalam zaman gadismu, aku rasa pernah kau kenal bangsa yang kecil bentuk tubuhnya. Kekecilan bentuk tubuhnya tidak menunjukkan bahawa manusianya pun sentiasa berserah bonda, namun lebih banyak berikhtiar daripada berserah. Begitulah tingginya tekad dan kegigihan mereka. Maka itu aku jelang negaranya. Dan, kerana aku mencuba seberapa banyak yang termampu ilmu yang ada di dalam dada manusia kerdil itu untuk aku sumbangkan nanti kepada bangsaku sendiri yang ku rasakan mula sedar akan kepentingan ilmu dalam memajukan Negara yang sangat dicintainya. Bonda, masihkah kau marah kepada anak yang keras kepala ini? Sekiranya masih kau marah, tidak mengapalah. Marah seorang ibu tidak sampai kemana. Itu aku yakini bonda, kerana aku sendiri yakini pemergianku ini bukan percuma. Aku meninggalkan kau dan segala-galanya demi menaikkan kaum sejenis kita juga. Walaupun sebelum aku lakukan ini sudah ada orang yang mendahuluinya, tetapi antara aku dan mereka banyak perbezaannya. Sebagaimana yang aku tahu sendiri, tentang latar hidup bonda bahawa kau tidak di didik dalam erti kata yang sebenarnya, kau tidak bersekolah, dengan itu aku dapat mengambil kesimpulan bahawa kau buta huruf sejak semula. Selain itu, kau telah menjadi korban keadaan masa itu. Dan aku yakin juga, kau tidak mahu aku menjadi sepertimu, maka itu kau menyekolahkanku. Cuma cita-citamu terlalu awal untukku tunaikan. Kau mahu menimang cucu, sedang aku belum yakin dengan diriku sendiri untuk memasuki gerbang perkahwinan sebagaimana yang kau hajatkan tanpa kelengkapan yang seharusnya ada dalam diri seorang manusia. Itulah bezanya antara kita berdua, bonda. Dan kini, kau timbanglah. Adakah tindakanku itu benar-benar melukakan hatimu atau bagaimana? Sebaliknya, aku berani menegaskan bahawa usia yang paling baik untuk seseorang perempuan sepertiku memasuki gerbang rumah tangga adalah 25 tahun.” (Salam Buatmu Bonda, Noorhidayat) “Ermm..betul la apa yang di tulis oleh pengarang cerita ni.” Desis Fio perlahan. Dia terus tekun membaca novel yang di pinjam dari kawan sepejabatnya itu. Betul-betul dia terpikat dengan isi cerita tersebut. “Ok citer ni. Ko baca la.Best!” “Ko jangan nangis lak. Citer ni sedih sikit. Sikit jer la.” Bersungguh-sungguh Ayu mempelawanya setelah Fio menyatakan hujung minggunya sentiasa boring tanpa aktiviti luar. “Rugi aku tak pinjam novel ni awal-awal. Bila dah separuh baca, terasa betul-betul berada dalam diri watak di dalam cerita ni pula.” “Thank you Ayu, my loving friend, ko telah bantu aku isi masa lapang dipagi Ahad yang memboringkan ni.” Getus hati Fio. Dia terus asyik membaca. Sesekali kelihatan dahinya berkerut-kerut kemudian tersenyum simpul, marah, adakalanya pula dia kelihatan seperti sayu dan menangis. Ini semua kerana dia begitu menghayati setiap watak kehidupan yang diciptakan melalui baris-baris ayat yang terdapat di dalam novel tersebut. Tiba-tiba hati Fio diulit resah mengingati ibunya di kampung. Seperti kebanyakkan orang tua, ibunya beria-ia menyuruhnya supaya cepat-cepat mendirikan rumahtangga. “Anak dara sekarang bukan main susah lagi bila disuruh naik pelamin. Kalau mak dulu-dulu la, jangan kata nak bantah cakap orang tua, hendak pasang angan-angan belajar tinggi-tinggi pun tak berani.” Bebel ibunya sewaktu perkara tersebut di ajukan kepadanya dua minggu yang lepas. Waktu itu Fio bercuti seminggu di kampung kerana cuti menyambut Tahun Baru Cina. “Itu anak dara dulu , anak dara sekarang ni dah advance mak. Dulu tu mak takut sangat ngan Tok Ayah kan? Fio pulak berani, sangat berani…sebab tu lah anak mak ni dah berjaya sekarang!” “Ewah-ewah, bertuah punya budak. Dah pandai menjawab pulak dia sekarang ni. Ye la tu, ko nak belajar tinggi, sampai ke London nun pun mak dah kasi. Dah selamat jadi pegawai pun sekarang ni. Apa lagi yang ko cari Fio?” “Tak rasa nak berumahtangga ke, Fio? Mak tengok kawan-kawan sebaya ko semuanya dah ada anak. Ko bila lagi? Mak nak tengok ko bahagia jer.” “Nanti-nanti la mak. Belum ada jodoh.” “Jodoh takkan datang kalau tak di cari, nak.” “ Dulu pun bukan mak yang cari jodoh tu.” “Eh! Macam tu pulak? Balik-balik mak jugak yang terkena? Hey…bila la hati anak mak ni nak terbuka menerima seorang lelaki dalam hidup dia?” “ Mak hanya dapat berdoa sahaja, Fio. Mak bukan nak memaksa hati kau. Mudah-mudahan jodoh kau cepat.” Aku hanya tunduk. Diam dan malas nak membantah cakap mak lagi. Dalam hati aku hanya berfikir.Kesian mak, tak habis-habis dengan cerita tu rupanya. Dan terpaksa lah aku merelakan saja.Apa yang di katakan oleh mak itu memang benar. Takkan ada seorang pun ibu di dunia ini yang tidak merisaukan masa depan anak gadisnya. Itu aku setuju dan aku akui kebenarannya. --------------------------------------------------------- “Fio rindu Acey”.Ya Allah, rindunyer.Apsal tak call Fio hari ni?” “Shed a tear because I’m missing you. I’m still allright to smile.Acey, I think about you every day now!” “Gilakah aku? Nyanyi sorang-sorang, bercakap sorang-sorang. Apsal aku perlu rindu dia? Sedang kan dia mungkin keluar berjumpa orang lain.Tambahan pula aku tak pernah berjumpa dia. Tak pernah sekali bersemuka dan berbual dengannya. Nama penuh dia pun aku tak tahu. Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia pula?” “Tapi Fio rindukan Acey. Sentiasa dan selama-lamanya.” Betapa sejak tiga minggu yang lepas aku merasakan diri seolah-olah berada di atas kayangan, gembira bagaikan dikelilingi seorang bidadara yang segak dan memikat. Ini semua gara-gara kes pemberian nombor telefon ku kepada seorang lelaki yang tak ku kenali. Semua itu angkara sahabat baikku semasa sama-sama belajar di London dulu. Konon katanya tak nak melihat aku sedih dan boring tanpa seorang kawan lelaki. Dan di atas sebab itulah dia telah memberikan nombor telefonku kepada seorang kawan lelaki yang telah dikenalinya selama tiga tahun. Entah la aku membantah cakap nya, ku katakan padanya bahawa sedih, boring, sepi, dan menyendiri itu tidak bermakna aku berkeseorangan. Aku boleh hidup dengan ceria tanpa teman lelaki. Lagipun aku rasa senang hidup dengan kawan-kawan. Ia lebih bermakna. Takkan pernah putus kasih sayang kawan-kawan kepada kita sampai mati pun! Lagi pula cinta paling agung hanya untuk tuhan. Jadi, buat apa aku nak membazirkan kasih sayang ini kepada lelaki yang rata-ratanya tidak pandai menilai dan menghargai? Aku sedih kerana kawan baik aku sendiri tidak pernah faham walau beratus ribu kali aku sudah memberitahunya bahawa apa yang aku dambakan dari seorang lelaki adalah cinta yang betul-betul wujud dari dalam hati dia, tulus dan ikhlas hanya untukku. Bukan cinta yang dibuat-buat. Aku tidak mengiktiraf cinta kalau ia hadir kerana terpaksa dan di paksa. Aku simpulkan disini, bukan senang untuk seorang lelaki itu memiliki cintaku yang agung ini. Tapi, tak ku sangka rupa-rupanya Acey bukan sebarang lelaki seperti yang kufikirkan. Dia pandai mengambil hati dan aku rasa inilah cinta ilusi aku kepada seorang lelaki yang tidak pernah aku ketahui fizikal dan sifatnya. Gilakah aku? Tetapi Acey amat menggembirakan hatiku meskipun hanya berbual di telefon sahaja, aku dapat rasakan persefahaman yang wujud dan impian hidup yang serupa apabila berbual dengannya. Acey, ketahuilah engkau telah membuka pintu hatiku untuk menerima kehadiran seorang bernama lelaki. Dan sesungguhnya lelaki bertuah yang berjaya menakluk hati aku dalam sekelip mata itu adalah kau. Seperti yang diketahui, kukenali dia sebagai Acey, berumur sembilan tahun lebih tua dari aku. Anak ke empat daripada sembilan adik –beradik merangkap lelaki yang sulung dalam keluarganya. Disayangi oleh papanya. Belum berumahtangga. Entahla apa yang Acey inginkan dalam hidup. Aku pernah bertanya kepadanya tetapi katanya belum berjumpa dengan calon yang benar-benar sesuai. Terkejut juga aku pada mulanya kerana Acey adalah bekas tunang kepada Jojie, kakak kepada penyanyi Ella dan bekas teman lelaki Maya Karin, si penyanyi dan pelakon cantik yang dikenali itu. Aku rasa jantung tiba-tiba berhenti kerana aku sudah dapat merasakan aku tidak layak berkawan dengan Acey. Lagi pula Acey seorang jurutera yang berjaya dan menguruskan perniagaan ayahnya. Perniagaannya berada ditangga kedua selepas Gamuda Holding. Dia pernah belajar di UUM kemudian Canada, seterusnya Arizona dan terakhir di Korea. Lama dia di Korea selama tiga tahun. Sehinggakan sampai sekarang menu harian Acey adalah makanan Korea samaada, roti, bubur, oat, sup dan nestum. Aku penuh asyik mendengar ceritanya. Secara tidak sedar membuatkan aku sentiasa tertunggu-tunggu panggilan dari Acey. Selalunya Acey akan menghubungi aku apabila tiba time makannya atau semasa sedang memandu atau semasa sedang menghabiskan masa lapangnya dengan kawan-kawan ataupun semasa dia sedang merindui aku. Ini aku akui kerana pernah satu kali pada pukul 3.45 pagi, Acey menelefon aku dan katanya dia merindui seseorang. Aku dapat merasakan orang yang dirinduinya itu adalah aku. Gembiranya tidak terkata hatiku pada masa itu. Aku tidak dapat membohongi hati sendiri sesungguhnya setiap masa aku juga merindui Acey. Merindui gaya Acey bercakap, cara dia bercerita, nada apabila dia sedih dan ceria, jenaka-jenaka yang dia ciptakan untuk menghiburkan hatiku tatkala setiap kali dia menghubungi aku. Aku rindukan suaranya dan yang sebenarnya aku merindui segala-galanya tentang Acey. Pernah dia menghantar SMS kepadaku dan bertanya lelaki jenis bagaimana yang aku suka untuk berkawan. Lantas pantas aku membalas SMS Acey itu. “Suka yang tinggi, macho, nice looking, bersih, tak panas baran, tak menipu, bertanggungjawab, pandai amik hati, boleh accept family, sederhana tapi educated, ala-ala rock trendy sikit-sikit dan tak lupe tuhan.” Jawapan itu datang dari hatiku, ikhlas dan tulus. Paling tersentuh semasa Acey menawarkan diri untuk menghantar aku pulang ke kampung semasa cuti Perayaan Tahun Baru Cina. Aku katakan padanya bahawa aku rasa tidak gembira untuk pulang bercuti pada kali ini kerana aku ingin lari dari soalan-soalan cepu emas adik-beradik ibuku yang bertanya tentang hal jodoh .Acey tergelak mendengarnya. Acey kemudian berkata aku dan dia serupa, kerana soalan itulah juga yang kerap ditanyakan kepadanya. Pesanan dia kepadaku bahawa umur tahap aku sudah sesuai bagi seorang perempuan mendirikan rumahtangga. Aku terdiam. Tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Dalam hati, aku berharap Acey dapat merasakan getaran jiwaku ini? Ntahlah bagaimana perasaan aneh, asyik memikirkan Acey tiba-tiba muncul. Mengapa dan bagaimana dengan cepat perasaan ini hadir, hatiku berkata hanya Acey yang aku nanti-nantikan. Aku membayangkan perasaan yang sama wujud di hati Acey untuk aku kerana dalam olok-olok Acey sudah bertanyakan samaada aku ingin menjadi pasangannya? Dalam hati awal-awal sudah kukatakan ya tetapi jawapan sebenar yang kuberikan kepadanya adalah kita belum pernah berjumpa dan berbicara. Inilah cinta mendadak, boleh dikatakan aku sudah jatuh cinta pada perbualan pertama. Kelakarnya! Takku sangka Acey juga turut ke utara semasa kepulangan ku kekampung menyambut Hari Raya Cina. Dia ke Pulau Langkawi dan menginap di Pulau Rebak Marina, katanya dia dan keluarga menghadiri majlis pertunangan saudara terdekat mereka di sana. Selama dia disana selama itulah juga dia menghubungiku sehinggakan ibuku dapat menghidu dengan siapakah aku sedang bercakap melalui telefon rumah. Aku tidak dapat mengelak melainkan memberitahu hal sebenar bahawa dialah kawan baikku selama tiga minggu ini tetapi kami tidak pernah berjumpa. Maka dengan itu aku mendapat pelbagai nasihat dari ibu menyuruh aku berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali tambahan pula Acey agak berada orangnya. Kemungkinan dia hanya berminat berkawan denganku untuk mengisi masa lapangnya sahaja. Begitulah nasihat dari ibu. Aku tidak mempersendakan nasihat sebaik itu, cuma aku perlu lebih berhati-hati dalam perhubungan yang unik ini. Selepas dua hari di Rebak Marina, Acey ke rumah sahabat baikknya di Gurun. Mereka sama-sama belajar di UUM dulu. Aku menjadi semakin rindu dengan Acey.Aku merasakan perasaan yang sama dihati Acey. Mengapa dia harus menumpang tidur di rumah kawan baiknya itu? Mengapa dia tidak terus pulang ke Kuala Lumpur? Hati ku semakin gelisah dan bermacam-macam soalan berlegar difikiranku. Memang aku ingin sangat untuk berjumpa dengan Acey tetapi rasa malu yang menebal dalam diriku memandangkan aku hanya orang kampung biasa sedangkan Acey tak pernah mengenali dan merasai kehidupan di kampung. Kalau hendak diikutkan Gurun dengan tempat tinggalku, Sungai petani hanya lah 30 minit sahaja perjalanan dengan kereta. Maka dengan sebab itulah juga Acey memperliku, dia mengatakan bahawa aku sombong kerana tidak menjemputnya ke rumahku, sedangkan jarak kami ketika itu sangat dekat. Ketahuilah Acey bukan atas sebab-sebab apa tetapi hanya satu sebab iaitu kita masih belum berjumpa dan aku sangat segan dengan kehidupanku yang tidak semewah kehidupanmu. Percayalah Acey, kemungkinan engkau tidak dapat menerima situasi dan kehidupan sederhana aku dan keluarga disini. Seperti kecewa dengan jawapan itu, Acey bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan aku bersyukur kerana keadaan kami tidak terputus disitu. Walaupun Acey sudah kembali ke Kuala Lumpur tetapi dia masih mempunyai masa untuk menghubungi ku. Sesungguhnya aku terharu dengan layanan seorang teman baik sepertimu, Acey. Kadangkala aku membayangkan bahawa engkaulah putera dihatiku. Mungkin disebabkan kesefahaman dan keserasian kita. Suatu pagi pukul dua aku menerima panggilan dari Acey. Mengapa dan kenapa dia masih belum tidur, soalan itu aku tanyakan kepadanya, katanya dia merindui aku dan tidak sabar hendak berjumpa denganku. Oleh itu dia mengisi masa dengan menggubah lagu bertajuk ‘Pelayaran’ kemungkinan lagu itu dicipta untuk di nyanyikan samaada oleh sepupunya sendiri, Jamal Abdillah atau pun Hattan. Katanya lagi lagu ini susulan kepada lagu ‘Meniti Perjalanan’ yang pernah di dendangkan oleh Hattan. Aku ucapkan semoga berjaya kepadanya yang pada masa lapang menggubah dan mencipta lagu semata-mata kerana minatnya yang mendalam. Katanya lagu gubahannya yang pernah popular ialah ‘Realiti dan Fantasi’ nyanyian kumpulan rock lama Crossfire yang menjadi siulan anak-anak muda pada akhir tahun 80’an. Wow! Tak disangka jiwa Acey juga sama seperti ku. Sama-sama meminati genre muzik rock, terutama slow rock. Pernah Acey bertanyakan kepada diriku samaada aku pernah bercinta dan jatuh cinta. Aku katakan kepadanya bahawa bercinta dan jatuh cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza; aku pernah bercinta tapi tak pernah bahagia, sebaliknya dilukai dan hanya kecewa namun yang pasti ramai yang meluahkan cinta kepadaku tetapi belum ada lagi lelaki yang berjaya. Acey memebalas jawapan dengan menyuruh aku bersabar kerana ada seorang Mr. Cinderella yang membahagiakan. Aku dapat memahami apa sebenarnya erti kata-kata Acey. Bahawa Mr. Cinderella yang dia maksudkan itu adalah dirinya sendiri. Aku rasa sangat bahagia walaupun hanya dipihak aku mengandaikan cinta dari Acey. Ini kerana aku merasakan Acey jugak sedikit sebanyak menunjukkan cintanya tetapi masih samar-samar kerana tiada bicara dari kedua-kedua kami dengan jelas dan tanpa bersembunyi. Ahhh!! Fio semakin merinduimu Acey. Pernah satu kali, Acey menyatakan hasratnya untuk berjumpa denganku. Kemungkinan besar Acey akan berjumpaku sebelum dia bertolak ke Melbourne atas urusan perniagaannya. Kukatakan bila-bila masa sahaja aku bersedia untuk berjumpa dengannya dan dengan itu aku juga bersedia untuk ditinggalkan kerana kemungkinan besar selepas perjumpaan itu nanti aku tidak akan menerima panggilan-panggilan dari Acey seperti biasa kerana aku sedar aku hanyalah seorang perempuan biasa. Aku hidup dalam kehidupanku sendiri. Sederhana dan tidak berharta. Entahla. Itu cuma andaian aku sahaja. Segalanya di tangan tuhan. Tetapi selalunya apa yang aku fikirkan mengikut gerak hati adalah hampir tepat. --------------------------------------------------------- Hari ini genap 42 jam permergian Acey ke Melbourne atas urusan pekerjaannya. Bermakna sudah dua hari setengah Acey pergi meninggalkan aku tanpa sebarang berita. Bermakna juga aku perlu sabar menunggu kepulangan Acey selama sepuluh hari lagi. Menunggu untuk bertemu denganmu Acey.Aku sanggup meskipun seumur hidupku! Maka dengan itu, genaplah dua hari Acey tidak menghubungiku semenjak permergiannya ke sana. Terasa seperti 42 tahun aku setia menunggu Acey. Dan aku akan tetap setia seperti ini. Selama itu juga tidak terbilang rinduku kepadanya. Tiada apa yang Fio harapkan. Fio hanya dapat berdoa semoga Acey selamat pergi dan pulang. Jaga diri Acey baik-baik apabila berada dinegeri orang, jangan lupakan asal-usul kita dan sentiasa berbuat baik di mana sahaja kita berada, jangan lupa solat dan yang penting jangan lupakan Fio disini! Antara pesanan terakhir ku kepada Acey semasa dia menghubungiku tatkala 2 jam sebelum penerbangannya ke Melbourne. Aku masih dapat bertahan, tetapi kedengaran ada getar pada suara Acey. Aku rasa Acey menangis dan terharu dengan pesananku itu. Entah mengapa, ku katakan padanya bahawa kita bagaikan berpisah dan tidak akan bertemu lagi. Ada sendu dihujung suara Acey. Halus tetapi aku masih dapat mengerti. Dia begitu terharu. Disaat itu juga cepat-cepat Acey mengajak aku untuk menemaninya ke Melbourne. Pada saat-saat terakhir seperti itu mana mungkin aku menurut katanya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana aku yakin jika cinta yang bakal hadir dihati kami itu suci, kemungkinan ada jodoh menunggu kami untuk bertemu nanti. Aku tidak mahu cepat melatah dengan situasi ini. Tak mengapalah Acey, ada banyak masa lagi untuk kita bersua kelak. Lainlah kalau selepas ini Acey melupakan Fio. Tapi Fio tak mungkin berbuat begitu. Fio akan sentiasa menanti Acey disini! Ku terima SMS dari Acey berbunyi “Tuan puteri, patik mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap kata bahasa, patik undur diri buat seketika...Mr. Cinderella.” Aku menangis semahu-mahunya selepas membaca SMS itu. Entah mengapa dan untuk apa? Sama ada aku gembira atau sedih, yang pastinya kedua-dua perasaan ini bercampur-baur antara satu sama lain. Aku sebenarnya tidak memahami apa maksud sebenar Acey menghantar SMS itu. Adakah selepas ini dia dia ingin memutuskan hubungan denganku? Acey, adakah kita tidak akan berjumpa selepas ini? Mengapa pula Acey perlu meminta maaf? Oh Acey... tiada salah dan silap yang patut Fio maafkan. Terima kasih kerana sudi menjadi rakan terbaik, yang sentiasa menggembirakan Fio sejak akhir-akhir ini. Rakan yang membahagiakan tak akan sekali-kali mempunyai kesalahan kepada Fio. Aku semakin tidak mengerti dengan perasaan ini. Tuhan, jangan lah engkau mempersendakan perasaan ikhlas ini! Terasa permergian Acey, bagaikan penamat kepada perhubungan kami yang begitu indah ini. Acey, Fio hanya mampu berdoa semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila meskipun andai suatu hari nanti Acey tidak dapat Fio miliki tetapi percayalah Acey tetap akan bebas menikmati hidup di dalam hati Fio buat selama-lamanya. Di saat dan ketika ini Fio sangat merinduimu Acey! Sangat rindu! “ Kau datang bagaikan mimpi Kau hadir tak ku sedari Sekian lama ku menanti Kau di sini... Mungkin kehendak Ilahi Segalanya ku jalani Biar lelap tidurmu dipelukku Cinta ini... Ku persembahkan Setulus hati kasih Kepadamu... Seandainya engkau mengerti Hanya engkau yang ku miliki Dalam hidupku. Kasih sayang ini Semoga abadi... Kan ku bawa Sampai akhir nanti. ” Kadang-kadang aku terfikir. Selama pemergian Acey ke Melbourne tidakkah dia teringat untuk menghubungi aku? Tidak adakah langsung ingatan dia untukku? Aku jadi keliru. Sedangkan selama perkenalan kita, engkau tidak pernah sekalipun terlupa untuk menghubungiku, Acey. Tetapi selepas pemergian kau ke sana, dengan begitu mudah engkau seolah-olah terus melupai aku, Acey. Mungkin aku harus faham dengan situasi tugas mu disana. Barangkali kesibukkan kerja membuatkan engkau tidak punya banyak masa untuk menghubungi ku. Tapi Acey, tidak perlu susah-susah untuk menelefon dan menghubungiku. Apa yang penting adalah ingatan engkau padaku meskipun hanya melalui pesanan SMS. Tapi aku tetap tidak menerima apa-apa berita dari engkau meskipun ianya hanya satu panggilan miss called pun. Sedangkan aku bagaikan di dalam dilemma setiap hari menuggu panggilan darimu. Pernah suatu hari kerana tersangat rindu, aku cuba untuk menelefonmu, ada deringan dihujung sana tapi cepat-cepat aku letak kerana tiba-tiba ada perasaan malu timbul di dalam diriku. Tetapi aku tidaklah sebodoh yang dijangkakan. Acey, aku sedikit ragu kepadamu, bagaimana boleh ada deringan dan nada tatkala aku cuba untuk menghubungimu? Sedangkan pada waktu itu engkau berada jauh di Australia, jadi apa yang ku rasakan pada awalnya kemungkinan talian telefon engkau sudah tidak aktif atau berada diluar kawasan, ataupun sekiranya boleh aktif mestilah memerlukan kod negara dan kawasan dimana engkau berada pada waktu itu. Aku menjadi semakin tidak faham. Kadang-kadang aku malas untuk berfikir panjang tentang itu. Apakah engkau seperti kebanyakkan lelaki lain, Acey. Hidup dengan menipu perempuan dan tidak menghargai kasih sayang tulus seorang perempuan seperti aku? Acey, tidak ada seorang perempuan pun yang sanggup hidup untuk ditipu oleh lelaki yang dia sayangi. Takkan ada. Tetapi, ketahulah Acey, aku masih dan tetap akan terus berfikiran positif terhadapmu selagi kebenaran tidak aku temui dengan mata ku sendiri. Betapa aku begitu bersabar dengan apa jua rintangan dan halangan. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini, Acey. Esok tiga haribulan tiga dua ribu lima. Itu lah tarikh yang aku tunggu-tunggukan. Ya, tarikh dimana engkau akan berangkat pulang dari Melbourne. Ketahuilah Acey, gembira hatiku tergambar pada senyuman yang sentiasa menguntum dibibirku pada waktu ini. Aku tidak akan sekali-sekali menghubungimu sebaliknya akan ku tunggu panggilan darimu. Itu semua sengaja aku lakukan supaya aku dapat memastikan samaada masih terdapat ingatan engkau terhadapku atau aku hanyalah sebagai tempat persinggahan sementara bagi menceriakan hari-harimu. Bagiku itu tidak penting kerana kasih-sayang yang wujud dari hatiku bukan sengaja. Ia lahir secara ikhlas dan suci. Dan ketahuilah wahai Mr. Cinderella hatiku, engkau lah satu-satunya yang ku rindukan disaat dan ketika ini. ------------------------------------------------------- “Hello, siapa ni?” dengan bersuara garau aku terus menjawab telefon yang sedang rancak berdering pada pukul 1.25 pagi tadi. Siapalah yang ganggu aku sedang enak tidur ni? Aku terus merungut. “Fio, ape kabar? “Siapa ni ?” aku bertanya lagi. Aku pun satu tanpa sempat melihat nombor siapa yang tertera, telefon yang berada ditepi telinga, terus aku capai. “Hey, Acey la! Fio, awak dah tidur ke? ” “Eh, Acey? Kat mana ni?” Mimpi kah aku? “Acey kat umah ni. Turun flight kul 8.30 malam tadi.” “Oh ye ke..errr sepatutnya esok baru Acey balik kan? Aku hairan. Acey sepatutnya pulang esok hari. “Ye..tapi Acey amik tiket awal. Acey rindu ngan orang-orang kat sini. Acey suka Malaysia. Iklim dia bagus.” Terang Acey. “Fio, Acey dah kurus la. Semua orang cakap Acey pucat macam tak cukup darah.” “La, dah kurus sangat ker? Acey makan ikut time tak? Mesti kat Australia payah nak jumpa makanan Melayu kan?” “Sebenarnya makanan orang kita banyak kat sana, tapi Acey la yang tak makan. Acey kan makan bubur atau nestum jer. Tambah pula Acey tak de selera nak makan. Banyak keja dan hari-hari sibuk jer.” “Tadi, Acey pergi umah mama, kena paksa makan hati ayam. Hihihiihi.nak termuntah Acey, tapi mama kata dia ubat untuk tambah darah.Tak nak nampak pucat kena la Acey telan jugak.” “Kelakarnyer Fio dengar, lagi satu air kunyit pun bagus la untuk tambahkan darah. Acey cubalah buat jus kunyit.hihihihi” Aku rasa sangat bahagia waktu ini. Berbual-bual dengan Acey pada waktu yang tidak aku sangkakan. Rupanya baru aku ketahui, sebelum berangkat ke Melbourne, Acey tinggalkan telefon bimbitnya dirumah mamanya di Taman TAR, Ampang. Patutla dia tidak pernah menghubungiku sewaktu disana. “Fio, nak tau tak. Awak lah orang pertama yang Acey telefon selepas pulang dari Melbourne. Minta maaflah yer, Acey ganggu masa tidur awak.” “Ye ke! Ya Allah terharunya Fio dengar. Terima kasih Acey kerana masih ingat pada Fio. Fio sangkakan Acey dah lupa pada Fio kat sini.” “Fio, Acey tak leh tidur la. Mungkin perubahan iklim kot. Kat Melbourne sekarang musim sejuk” “Kalau tak leh tidur, Acey minum susu panas ok. Nanti rasa nak tidur tau lepas minum susu panas. Cubalah. Fio selalu buat macam tu setiap hari sebelum tidur.” Aku rasa gembira yang amat. Lega hatiku. Rupanya ingatan Acey masih tertumpu pada ku. Kini, apa yang kunanti-nantikan adalah hari untuk kami berjumpa. Bila dan dimana? Aku masih tertanya-tanya. Berdebar-debar perasaan aku apabila memikirkannya. Malam itu aku terus tidur dengan lenanya. Lena diulit mimpi-mimpi indah bersama Acey, Mr. Cinderella hatiku. --------------------------------------------------------- Esok hari jumaat, orang tua-tua kata hari yang membawa tuah. Hari yang teragung dan mulia. Memang hari jumaat sentiasa dinantikan oleh semua orang kerana hari tersebut semakin dekat dengan hari minggu .Jadi semua orang bagaikan tidak sabar untuk berehat dari bekerja. Hari jumaat sentiasa diharapkan berlalu dengan cepat. Begitu juga aku, tidak sabar menunggu berlalunya hari jumaat untuk menikmati hari sabtu dan ahad. Sebenarnya aku bagaikan tidak sabar menghitung hari-hari bila aku akan bertemu dengan Acey. Oh cepatlah masa berlalu! “Fio, Acey kena pergi Kemboja pulak esok.” Pagi khamis Acey menelefon aku dan memberitahu yang dia akan ke Kemboja atas urusan perniagaannya. Juga urusan yang sama seperti pemergiannya ke Melbourne. Dalam hati aku sedikit sedih. Tapi aku kena faham dengan kerjanya. Harap-harap Acey tidak membohongiku. “Jangan risau cuma empat hari sahaja Acey kesana.” “Acey pergi jangan lupa jaga diri ok.” Seperti biasa aku pura-pura bernada ceria menjawab kata-katanya. Dalam hati aku sebak kerana aku dapat merasakan yang perhubungan aku dan Acey begitu hambar. Semakin hambar sejak kepulangannya dari Melbourne dan kini aku bakal ditinggalkan lagi kerana esok dia akan bertolak ke kemboja. Dan kini entah macam mana keadaan hambar yang bakal aku alami. Aku amat merindui Acey. Jauh disudut hati aku ingin bertemu dan berbual dengan Acey. Sungguh! aku rindukan dia. Ingin rasanya aku mementingkan diri sendiri. Ingin sekali aku nyatakan pada Acey bahawa aku menyukainya walaupun tidak pernah bertemu. Ingin kukatakan padanya supaya jangan pergi kemana-mana lagi selepas ini. Ingin sekali aku kongkong dan mengawal pergerakkannya. Tapi siapalah aku? Aku tidak berdaya untuk berbuat begitu. Aku tiada hak untuk itu. Kemungkinan aku hanya kawan semata-mata untuk mengisi kesunyian hidup atau rakan sekadar untuk mendengar masalah apabila dia dilanda krisis dengan teman wanitanya. Tidak mustahil dia mempunya ramai teman wanita yang lain kerana aku tidak mengetahui banyak perkara tentang Acey. Pelbagai kebarangkalian tentang Acey bermain dimindaku. Ah, kenapa aku perlu memikirkan semua ini? “Jangan risau Fio. Nanti Acey dah jadi director, so, semua kerja-kerja audit dan urusan yang Acey buat ni, orang lain akan ambil alih. Jangan risau ok. Nanti Acey dah tak pergi mana-mana dah, lepas Acey balik dari Kemboja terus free. Masa Acey kembali terluang semula. Acey tak lagi sibuk.” Ah Acey, dia berbicara seolah-olah dapat membaca perasaan aku di kala ini. Kalau Acey mengerti, sekarang juga Fio ingin bersua dengan Acey. Tiga jam sebelum berangkat ke Kemboja, Acey menghubungiku. Aku bagaikan berat untuk melepaskannya. Tetapi aku perlu menjadi profesional dalam perhubungan kami yang unik ini. Aku kena sedar, aku bukanlah siapa-siapa bagi Acey. Aku bukanlah hak milik kekal Acey. Aku seolah-olah satu bayangan bagi dirinya. Sama ada aku mahupun Acey, kami sama-sama bayangan antara satu sama lain. Hari –hari yang ku lalui selepas pemergian Acey ke Melbourne tempohari sama serupa seperti hari-hari yang aku alami selepas permergiaan Acey ke Kemboja. Aku teramat rindukan Acey. Sehingga tidak sedar bahawa sudah empat sms aku hantar padanya. Meskipun aku tahu bahawa Acey tak mungkin membalas sms-sms yang kukirimkan itu tetapi kulakukan semua ini atas dasar rindu dan ingatan ku kepadanya. “Acey, macamana dengan Kemboja? Fio harap Acey gembira disana. Jangan lupa makan, jaga diri baik-baik yer. Semoga Acey selamat pulang.” “I’m thinking of you… just because.” “Friend is hard to find.Wish our friendship remains forever and ever.” Tiba-tiba aku mendapat balasan dari Acey. Perasaan terkejut dan gembira bergelora di jiwa aku saat itu. “Ean Syah Acey Azriel tak ada la kak, dia pergi Kemboja. Rabu ni dia balik. Kak kasi sms ni, dah rindu ker kat dia? Ini adiknya Wan Naseem, kak nak pesan ape? Hah! Rupanya bukan Acey. Itu adiknya. Ish malunyer aku hantar sms tapi orang lain yang baca. Acey pun satu kenapa dia tak membawa telefon sekali pergi ke Kemboja. Tidak kah dia tahu telefon itu adalah sebagai satu alat komunikasi yang teramat penting sekarang. Dalam hati aku berteka-teki sendiri. Mungkin aku tidak memahami sesuatu tentang ini. Aku terus mengabaikan sahaja balasan sms dari adiknya itu. “SMS kakak adik baca. Jangan marah, hari Rabu abang balik.” Ku terima lagi sms dari adiknya. “Alamak, kenapa la adik Acey ni risau sangat. Aku tak marah pun kalau dia yang membaca cuma rasa segan lah sebab sms iu ditujukan buat Acey. Tetapi aku tidaklah rasa nak mengamuk ke ape. Tak pe biar aku balas sahaja sms adiknya itu.” Aku membuat andaian dan beranggapan sendiri didalam hati. “ It’s ok. Takpe. Akak tak marah pun adik baca sms tue. Akak sangka dia bawa handphone sekali pergi Kemboja. Adik jaga diri, smile always and take care selalu ok.” -------------------------------------------------------- Akan ku tunggu panggilan Acey seperti biasa. Meskipun seribu tahun lagi aku tetap sanggup menunggu. Kadang-kadang aku berfikir juga, untuk mempunyai kawan, seseorang perlu menghadapi pelbagai rintangan, menempuh dugaan maha hebat. Semua ini semata-mata ujian dari Allah kepada hambanya. Sesiapa yang tewas dan tidak sanggup menerima ujian ini dianggap tidak berjaya kerana ujian didunia hanyalah satu pertiga dari ujian di akhirat. Kalau betullah takdir aku hidup tanpa berteman, tanpa orang yang disayangi disisi, tanpa kekasih hati, bukankah sudah cukup kasih sayang ibu terhadapku? Perlukah lagi aku menagih kasih sayang dari seorang bernama lelaki? --------------------------------------------------------- Hari itu hari rabu. Tiada apa yang istimewa pada hari rabu melainkan menghadap kerja yang semakin menimbun. Tensionnya! Tetapi, jauh didasar hati, aku mengatakan itu adalah hari teristimewa kerana ia hari kepulangan Acey dari Kemboja. Ishh tak sabarnya nak tunggu panggilan dari Acey. Tak sabar sangat aku nak mendengar suaranya. Gembira hatiku tidak terkata. Jadi hari rabu itu penuh dengan senyuman keindahan tergambar dibibirku. “Hello, Fio… hey..ape kabar. Aku kat lobi kat company ko ni!. Come here plss. Dah lama tak jumpe. Miss you so much dear” Tiba-tiba terdengar suara Arieza dihujung talian. Perasaan gembira mati disitu. Aku tidak berapa menyenangi diri Arieza sebenarnya. Walaupun bersahabat baik, kami selalu dikatakan tidak sependapat. Aik apsal tiba-tiba je minah London ni boleh ada kat sini. Aku keluar office sekejap untuk pergi ke lobi dimana Arieza sedang menunggu tetapi sempat berpesan kepada bos tentang tujuan aku itu. Sesampai jer dilobi aku terpaksa mencari Arieza kerana dia tidak berada disofa, tempat di mana visitor selalu menunggu. Tiba-tiba aku ternampak kelibat Arieza menghadap dinding disudut kiri berhadapan dengan cafeteria. Aku senyap-senyap menghampirinya. Dia sedang online rupanya. Niatku untuk meng’surprise’kan dia terbantut tatkala aku secara tidak sengaja mendengar perbualan telefonnya. “Hey,, orang tu baru balik dari Kemboja tak beli ape-ape ke untuk orang kat sini? Ada nada gurauan mesra pada suara Arieza. Aku terus senyap-senyap mendengar. “Yer la at least beli perfume ke, ape-ape saje buah tangan dari Kemboja.” Aku tidak sanggup untuk mendengar perkataan seterusnya. Aku dapat merasakan yang orang dihujung talian yang sedang bercakap dengan Arieza itu adalah Acey, orang yang aku tunggu-tunggukan untuk mendengar suara dan cerita terbarunya dari Kemboja. Memang sah, orang itu adalah Acey. Aku tidak pasti samaada Acey yang menghubungi Arieza atau sebaliknya. Tapi aku yakini itu adalah Acey kerana Ariezalah yang memberikan nombor telefonku kepada Acey. Jadi tidak dapat aku menafikan lagi itu adalah Acey. Pernah Acey memberitahuku bahawa dia sudah menjauhkan diri dari Arieza dan tidak akan cuba untuk menghubungi Arieza kerana dia tidak berminat dengan Arieza yang disifatkan Acey sebagai perempuan yang sudah hilang serinya sebagai seorang perempuan melayu timur. Entahla, aku tidak pasti apa maksud ‘minat’ sebenar yang diungkapkan oleh Acey itu. Tetapi yang nyata sekarang hati aku pedih, kecewa dan cemburu. Teramat rasa terkilan dan seolah-olah diri aku sudah luput dari ingatan Acey. Dan aku harus menerima kenyataan bahawa aku bukanlah lagi orang pertama yang akan Acey hubungi selepas kepulangan dia dari kemboja. Hambar dan semakin hambar aku rasakan perhubungan ini. Perjumpaan ku dengan Arieza tadi selesai selepas kami makan tengahari bersama-sama di cafeteria. Semuanya berlangsung dengan tenang dan meriah kerana aku berpura-pura gembira bertemu dengannya setelah sekian lama. Pukul 2.49 petang.Aku sudah kembali berada di ofis, niatku untuk menyambung kerja-kerja yang menimbun tergendala tatkala aku menerima panggilan dari Acey. Seperti biasa aku berlaku professional apabila berbual dengan Acey padahal hakikatnya, hanya tuhan yang mengetahui betapa tingginya ingatan aku dan kepadanya. “Acey sihat? Dah makan ke ni? Pukul berapa Acey tibadi Malaysia? “Pagi tadi, pukul 11 Acey sampai. Lum makan, Acey baru nak gi makan ngan kakak ngan adik sekali. Fio dah makan ker?” “A’aa Fio dah makan tadi ngan Arieza. Dia datang tadi.” Aku sengaja menyebut nama Arieza. Aku ingin lihat sejauh mana Acey bakal berkata-kata dengan aku. Atau sejauh mana dia ingin menipu aku. Aku rasa ingin menangis ketika itu. Padahal ia bukan lah perkara yang sangat sedih. Entahla aku dapat merasakan perhubungan aku dengan Acey tidak akan sampai ke mana. Sebab itulah aku rasa terkilan, cemburu, sedih, ingin menangis kerana apa yang aku suka, apa yang aku hajati dan ingini dalam hidup ini tidak pernah kesampaian. Mesti ada halangan, dirampas orang dan sebagainya. Kadang-kadang ingin sekali aku menyesali takdir ini. Tetapi itu semua hasutan syaitan. Yang sebetul dan sebenarnya aku harus menerima hakikat hidup. Hidup tidak selamanya indah. Jika tiada rintangan dan halangan bukanlah dinamakan adab resam perjalanan sebuah realiti kehidupan namanya. --------------------------------------------------------- Khamis.11.30 pagi. Acey menghubungiku lagi. Panggilan pertama untuk hari khamis. Aku cuba menjadi seperti biasa. Hati aku mesti kental untuk menerima semua ini. Aku melayani perbualan telefon dengannya sebaik mungkin. Aku kira mungkin dia bersedia untuk memberitahu tempat dan tarikh untuk bertemu denganku. Tetapi sangkaan ku itu meleset sama sekali. Sebaliknya, dia memberitahu bahawa pada hari Sabtu dan Ahad dia akan pergi ke Kampung Raja, Kedah. Pemergiannya ke sana adalah untuk melawat tapak pembangunan Dewan Kampung Raja di Daerah Sungai Petani. Pada mulanya aku terkejut juga, kerana itu adalah daerah tempat tumpah darahku. Rupanya buat kali ketiga sejak aku mengenalinya, sekali lagi dia pergi ke luar daerah atas urusan kerja. Aku terima meskipun dalam hati aku tertanya-tanya, tiadakah langsung masa untuk dia berehat dan berjumpa denganku meskipun hanya 5 minit? Acey mengajak aku untuk mengikuti dia ke Kampung Raja. Tetapi pelawaan itu aku tolak atas alasan aku tak kenal dia dan lagi pula aku segan kerana pemergiaannya ke sana adalah atas urusan kerja bukan lah Acey pergi untuk bercuti. Tambahan pula tidak manis pada pandangan jika seseorang perempuan yang belum ada apa-apa ikatan dengan mudah mengikut seorang lelaki yang bukan muhrimnya. Itu memang sah salah disisi undang-undang agama. “When u’re born, u’re cryin and everyone around u was smilin. Live ur life so at the end, u’re the one who’s smilin and everyone around u’s cryin. Take care, believe in urself and be honest to others ?” “Fio, Acey tak jadi pergi Kampung Raja la. Rasa sengal-sengal kulit, jadi, tadi Acey pergi Klinik akak kat Bandar Baru Ampang. Doktor kata Acey kena berkurung tiga hari kat umah, tak leh keluar, sebab penyakit kulit alergik ni tak boleh kena udara luar, nanti lagi teruk jadinya.” Panjang lebar Acey memberitahu semasa dia menghubungiku pada malam hari Jumaat itu. Aku risau dengan keadaannya. Nasib baik lah aku mengetahui sedikit sebanyak tentang Acey melalui percakapan didalam telefon selama ini. Dia suka keluar berjumpa kawan-kawannya dan keaadaan ini membuatkan aku takut samaada Acey boleh bertahan tinggal didalam rumah sehingga hari ahad. Yang pasti, keadaan kesihatan ini membuatkan aku semakin rapat dengan Acey meskipun hanya melalui telefon. Selama berkurung didalam rumah itu, boleh dikatakan Acey banyak menelefonku. Seolah-olah perasaan rindu yang wujud di hati Acey turut serupa seperti yang aku alami. Semakin berbual, kami jadi semakin rindu untuk terus berbual-bual. Begitu perasaan yang maha dasyat hadir didalam hati kami berdua. Buktinya Acey sendiri memberitahu aku bahawa dia menjadi lebih dari perasaan rindu untuk berbual dan bersemuka denganku. Acey juga memberitahu, perasaan rindunya padaku hadir tidak kira tempat dan tidak mengira masa. Boleh dikatakan setiap detik ingatan dan rindunya tertumpah padaku. Dan disebabkan itulah dia selalu menghubungiku tatkala rindu itu muncul. Ah! Betapa bahagianya aku. “Hari ni adik ngan mama Acey datang bawa makanan. Mama masak bubur gandum untuk Acey” “So, Acey makan kenyang-kenyang tau. Jangan lupa minum air masak suam. Say thanks to your mama sebab masak sedap-sedap untuk Acey ok.” Aku membalas SMS dari Acey. Gembira aku sekurang-kurangnya Acey tidak keluar rumah merayau-rayau dan menu malamnya sudah siap dibawa dari rumah mamanya, tidak perlu lagi Acey keluar membeli disaat kesihatannya tidak begitu baik ini. Aku sangat gembira menggambarkan yang Acey mengikut kataku supaya sentiasa rehat didalam rumah dan rajin makan ubat supaya penyakit cepat sembuh. Acey tahu kebimbangan aku terhadapnya. Dia menghargai semua itu. Kerana itulah juga satu sebab mengapa dia begitu mengingati aku dan selalu menghubungi aku. “Sedap la bubur gandum ni, Fio.Nak rasa tak?” “Macam maner nak rasa? So kalu sedap nanti kena terima kasih kat mama tau sebab penat-penat buat bubur untuk anak teruna kesayangannya.” “Fio, buka mulut. Acey nak suapkan ni, sedapkan? Ermm, Fio..adik nak kenal Fio, macam maner?” “Dah buka mulut, tak de ape pun. Acey tipu, Acey tak suap Fio pun. Acey makan sorang-sorang. Erm.. cakap kat adik, nak kenal Fio tak ada masalah. Nak jadi kawan pun boleh.” “Kalau jadi kak ipar boleh tak?” “Cakap kat adik, Fio tak pernah kenal abang dia, Fio tak pernah jumpa pun siapa abang dia tu. Boleh ke Fio jadi kakak ipar dia?” Betapa bahagia nya saat itu. Aku dan Acey saling bermesra. Diantara kami berdua, aku percaya, masing-masing tergambar suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Menulis dan menjawab pertanyaan SMS Acey yang terakhir itu membuatkan hatiku sedikit terkejut bercampur gembira yang teramat. SMS itu menambahkan lagi kebarangkalian hubungan kami tidak tamat disitu. Kemungkinan hayat hubungan kami sehingga ke penghabisan nyawa. Betulke? Oh tuhan, Kau restukanlah ikatan hubungan kami yang sangat unik ini. Erm.. jadi kakak ipar kepada adiknya, bermakna perlu menjadi isteri kepada Acey. Ahhh! Betulke Acey? Mimpikah aku? Aku terus menunggu jawapan SMS itu. Tetapi panggilan dari Acey yang ku terima. Ahh! Betapa macho dan gentlemannya jejaka ini. “Hello, Fio…adik marah la pasal tue. Dia cakap ape abang ni nak jadi kakak ipar tapi orang nyer belum kenal, belum jumpa. Macammaner? Adik marah Acey betul.” “Ye ke. Abis tu dia marah sangat ke. Adik tengah buat ape? Mama kat maner?” “A’aa..adik marah aaa. Fio terasa ke. Jangan marah ye.SMS tu adik Acey yang tulis. Dia tengah nonton TV. Mama tengah mengemas almari, tadi sapu sampah kat bilik Acey. Ye la duk bujang maner Acey sempat buat semua tue.” “Kalau tak nak kasi adik marah, Acey nak buat ape sekarang?” “Nak jumpe Fio pun Acey tengah ‘berkurung’ ni. Tak boleh keluar rumah.” Kesian Acey, ntahla aku rasa sangat rindu dan sayang makin mencurah-curah pada Acey. Ingin sekali aku pergi kesana, peluk dan cium Acey seolah-olah tak kan ada sesiapa yang akan menghalang kami dari berpisah. Tapi siapa kah aku pada Acey? Tidak kah itu hanya tindakan gila semata-mata? “Fio, Acey tengah drive ni.” “Acey nak gi maner?” “Acey nak pergi hantar duit kat Arieza. Dia minta pinjam RM 1000. Katanya urgent case.” “Ya Allah, kan Acey tgh sakit, tak boleh kuar rumah. Apehal ngan Arieza tu? Acey bagitau tak yang Acey tengah berpantang dari keluar rumah?” “Dah bagitau tapi dah dia terdesak.Dia kata nak pinjam duit dari Acey. So Acey nak pergi hantar duit kat dia la sekarang ni.” “MasyaAllah, Acey, sepatutnya dia yang nak pinjam duit, so dia la yang kena datang cari Acey. Apsal terbalik pula ni? Lagipun dia tahu Acey tengah sakit kan? Tak patut dia buat macam ni.” “Acey kena jaga diri. Kalau nak cepat sembuh kena la banyak berehat dan ikut nasihat doktor.” Waktu petang Isnin itu, selepas selesai menunaikan solat Asar, buat pertama kalinya aku menangis semahu-mahunya diatas tikar sejadah selepas aku selesai berborak dengan Acey. Kenapa dan mengapa Acey terlampau membahayakan dirinya yang sedang sakit, dia masih juga mahu keluar rumah untuk tujuan yang langsung tidak masuk akal kukira. Semata-mata kerana Arieza didalam kesusahan kewangan kah? Atau memang mereka sedang bercinta? Atau memang mereka sedang memperdayakanku? Ahh semakin buntu fikiran aku memikirkan Acey. Aku bimbangkan keselamatannya. Biarlah dia selamat didalam perjalanannya itu. Jauh disudut hati, aku terkilan kerana jarak diantara rumah aku dan Arieza hanya 10 minit. Kalau betullah Acey datang kerumah Arieza untuk menyerahkan wang pinjaman itu, tidakkah Acey berminat dan tergerak hatinya untuk menemuiku? Alang-alang dia sudah berada di Bukit Jalil ini, tidakkah ada sedikit hatinya terlintas untuk bertemu denganku? Ah! Persetankan semua ini. Mungkin Acey lebih mengenali Arieza, selama tiga tahun mereka kenal sudah semestinya Acey lebih memahami Arieza berbanding diriku. 15 Mac 2005. Hari Selasa. Seperti biasa Acey menghubungiku pagi itu. Kadang-kadang timbul rasa jemu yang melampau kerana memikirkan bilakah saat aku boleh bertemu dengan Acey. Sampai mati pun tak kan pernah putus kesibukkan didalam bekerja. Tidakkah Acey terfikir semua itu. “Fio, Acey nak keluar pergi RHB, bayar segala bil yang terbelangkai ni.” “La..kan Acey tak sihat lagi. Dah lega ke sakit tu? Boleh ke Acey drive? Ok ke?” “Acey dah sembuh sikit dah. Lagipun boring la duk saje dalam rumah. Acey tak biasa.” “Ye ke..kalau macam tue, drive carefully ok. Erm..hari ni Acey pakai baju colour ape? Handsome tak?” “Orang cakap Acey handsome hari ni. Hehehe…pakai baju colour kelabu, seluar hitam ngan cermin mata hitam. Nampak smart dan macho.” “Wow! Fio mesti jeles kalau ada orang ngorat Acey nanti. Jalan elok-elok. Jangan menggatal tau.” “Erm… Acey gatal ngan Fio jer ok.” Ah ha! Terhibur aku dengan suara ceria Acey pagi itu. Antara kami memang serasi dan mesra meskipun masing-masing berjauhan. Hanya telefon penghubung kami sepanjang perkenalan ini. “Fio, Ahad ni free tak? Acey nak jumpe Fio.” “Acey kan tak berapa sihat lagi.” Sebenarnya didalam hati aku sedikit terkejut tetapi berlagak seperti biasa. Ah! Akhirnya apa yang aku nanti-nantikan terjawab hari ini. Gembiranya aku! “Fio macam tak nak jumpe Acey jer.” “Jangan salah faham Acey, Fio bukan tak nak jumpe Acey. Acey kan selalu tak cukup masa. Sibuk dengan kerja, so kalau Acey dah sihat, Acey ada banyak masa, bukan Ahad ni saje, malah Fio memang dari dulu lagi dah teringin nak jumpe Acey.” “Kalau hari Sabtu Acey keje. So, hari Ahad ni kita jumpe ok.” Lega hatiku. Terima kasih tuhan. Akhirnya Engkau mendengar doaku. Berdebar-debar perasaan aku tatkala ini. Samaada gembira, suka, seronok, senang hati, semua perasaan ceria ini bercampur menjadi satu perasaan yang teramat indah. Tak sabarnya rasanya untuk bertemu dengan Acey. Andaikata pertemuaan itu selesai, sudikah dia untuk terus bersahabat denganku? Ah..walau apa terjadi sekalipun yang penting aku semakin rindu untuk bertemu dengan Acey. Aku ku tunggu lima hari yang mendatang ini dengan penuh sabar. Hatiku semakin tidak tenang selepas aku keluar makan tengahari bersama-sama dengan senior lelaki yang beria-ia mengajak aku lunch bersamanya. Hati tidak tenang kerana mengingati Acey disaat aku keluar, macam mana keadaan Acey, sudah makankah dia pada tengahari itu, adakah dia sudah balik dari bank, Acey pergi kemana selepas itu, semua perkara tentang Acey bermain difikiranku padahal waktu itu aku sedang keluar bersama lelaki lain walaupun dengan niat yang baik. Aku seolah tidak dapat membohongi diri bahawa aku perlu memberitahu aktiviti aku kepada Acey. Tambahan pula aku merasakan seolah-olah seperti mengkhianati Acey. Tetapi aku bukanlah kekasih hati Acey yang perlu mengambil tahu dan melaporkan segala kegiatan yang aku lakukan kepadanya. Tetapi hati aku kuat mengatakan yang aku perlu memberitahu Acey bahawa aku keluar makan dengan senior tersebut. Pantas aku memetik telefon dan menghantar SMS kepada Acey. “Acey, Fio nak kuar makan ngan senior lelaki kat luar, boleh tak? Acey kasi tak?” “Sebenarnya aku sengaja bertanya seperti itu. Aku tidak bermaksud apa-apa melainkan mahu menduga isi hati Acey semata-mata.” Aku mengjangkakan yang Acey tidak akan membalas SMS aku sebaliknya Acey terus menelefon aku. Panjang lebar dia bertanya dan aku seperti bersungguh-sungguh memberitahu yang aku hanya keluar makan dengan senior satu yang pernah menjadi Fasilitator semasa aku menjadi junior di sekolah menengah dahulu. Lagak kami berdua seperti pasangan kekasih yang tengah bahagia. Kelakarnya. Sementara Acey pula memberitahu aku dia akan balik kerumah dan berehat selepas membayar bil-bil tersebut . Aku sempat berpesan kepadanya. Kukatakan padanya bahawa jangan pergi keluar merayau kemana-mana kerana bimbangkan keselamatannya. Sesungguhnya, walaupun jasad aku telah keluar dengan orang lain walaupun beserta dengan alasan dan dengan tujuan yang baik tetapi hati dan fikiranku ini masih tertumpah kepada Acey. Setiap saat dan ketika ini Acey sentiasa berada di fikiranku, lebih tepat lagi kukatakan, Acey sentiasa di hatiku. Satu jam selepas aku keluar makan bersama senior, seminit pun tidak terlepas ingatan aku pada Acey. Entahla setiap hari aku semakin rindu dan jatuh cinta dengan Acey. Gila kah aku? Sebaik sahaja sampai di ofis, aku terus menghubunginya. Niat ku untuk memberitahu Acey bahawa aku sudah selesai makan dan kini aku sudah berada diofis kembali. Dua kali aku menghubunginya tetapi masih tidak ada jawapan. Buat pertama kalinya, Acey tidak menjawap panggilan dariku. Aku sedih, sebak dan rasa ingin menangis. Persoalan mengapa Acey tidak menjawap panggilan dariku bermain-main di minda. Aku buntu memikirkan mengapa Acey berbuat sedemikian. Aku cuba berfikiran positif. Aku pujuk hati. Kukatakan pada hati kemungkinan Acey tidak menjawap panggilanku itu kerana dia tengah tidur atau sedang melakukan solat. Hatiku sedikit lega. Dan aku terus menyambung semula kerja-kerja yang begitu membosankan. Aku menerima panggilan dari Acey selepas satu jam setengah selepas itu. Kedengaran nada suara Acey berlainan. Begitu lemah dan sayu suara itu. Dia sebenar bersedih dan aku dapat merasakan yang dirinya seperti putus harapan. Aku cuba selidik dan bertanya kepadanya. Aku rasa sedih jika Acey berduka. Aku ingin kongsi apa yang Acey rasa dan lalui saat ini. Tiada guna menjadi kawan yang begitu baik tetapi tidak dapat menolong disaat rakan baik itu amat memerlukan pertolongan. “Acey kat maner ni? Acey sihat ke? Kenape ni?” “Acey marahkan Fio sebab keluar ngan senior lelaki tu ker? Acey cakaplah. Kenapa macam sedih jer ni?” “Acey kat ofis.” “Terpulangla pada Fio. Itu hak Fio. Kenape perlu Acey nak marah.” Aku terasa dengan kata-kata Acey itu. Tetapi aku tetap tabahkan hati supaya berfikir dan berbuat sesuatu dengan waras. “Laa.. apsal Acey datang ofis, kata nak berehat kat umah.Lagipun Acey tak berapa sembuh lagi kan.?” “Duk umah pun buat ape. Tak buat ape-ape. Lagi tambah boring ada la. Sebab tu Acy datang ofis. Lagipun banyak kerja.” Aku dapat mengesyaki ada riak-riak tidak puas hati dalam percakapan Acey kali ini. Cemburukah dia? Merajukkah dia? atau marahkah dia? sehinggakan percakapan dia seolah-olah didorong oleh perasaan negative tersebut sehingga Acey seolah-olah sudah tidak memperdulikan lagi nasihat dan kata-kataku sebelum ini. Perlukah aku memujuknya? Tiba-tiba aku menjadi begitu sensitive. Aku rasakan Acey akan menamatkan perhubungan ini dengan serta-merta. Kenapa dan mengapa itu tidak dapat aku pastikan. Aku cuma berkata mengikut gerak hatiku yang begitu kuat berperasaan. Patutlah kawan-kawan rapatku mengatakan aku seorang yang very strong feeling, terlampau passionate terhadap sesuatu. Sudahnya aku desak juga Acey untuk menceritakan apakah perkara yang membuatkan dia menjadi sedih dan seolah kehilangan mood untuk terus hidup. “Papa suruh Acey pergi ke Norway dan Melbourne lagi sekali kerana urusan kerja yang belum settle lagi tu.” “Oh, ye ke? Pasal tu ker yang membuatkan Acey macam hilang mood ni? Papa tahu tak yang Acey tak sihat lagi ni?” “Papa tahu. Dia kata Acey bukan kena penyakit alah kulit ni sebab udara tapi sebab Acey mandi kat Campuchea hari tu.” “So, papa suruh Acey pergi jugak ke?” “Bukan suruh lagi tapi dia paksa Acey.Memang Acey kena pergi jugak. Acey tak nak pergi. Acey suka tinggal kat Malaysia. Lagipun kehidupan Acey asyik keluar – masuk negara jer sejak 15 tahun dahulu. Fio, Acey dah letih dengan hidup yang macam ni.” “Abis tu Acey nak buat macamner lagi? Selain Acey, tak de orang lain ke yang boleh handle keje ni? Tak de orang lain ke boleh back up? Kena Acey jugak ke yang pergi? Acey bincangla ngan papa baik-baik mane tau tiba-tiba dia mengubah fikiran ke?” “Malam ni Acey ingat nak bincang balik ngan Papa. Acey nak buat perjanjian ngan papa. Acey ingat Acey nak buat satu syarat la. Kalau papa setuju ngan syarat ni baru Acey nak pergi. Mula-mula Acey nak cakap syarat ni kat kakak Acey lepas tu kat mama then baru bagitau papa.” “Agak-agak papa boleh terima ke syarat Acey tue? Ape syarat tu?” “Acey tak leh bagitau syarat tu kat Fio.” “Fio tak leh tau ker?” “Tak leh tau sampai bila-bila pun ke?” Aku sedikit terkilan. Hebat sangat ke syarat tu sehinggakan Acey tak nak kongsi dengan aku? Aku patut sedar, aku hanyalah kawan biasa Acey, mungkin pada pendapatnya aku tidak patut tahu semua perkara tentangnya, semua rahsianya. Siapa lah aku? Aku hanya sahabatnya. Aku sedar aku perlu menjadi sahabat Acey yang begitu professional dan tahu nilai-nilai dalam persahabatan kami. “Betul !Fio tak boleh tahu syarat tue.” “Ta kisah lah kalau Fio tak nak bagitau Fio syarat tu. Ape yang Fio harapkan, semoga papa Acey berubah fikiran. Nanti cakap kat kakak dan mama suruh pujuk papa ok. Walau ape terjadi sekalipun harap Acey tetap jaga diri dengan baik tau.” Acey tidak menghubungiku seperti biasa pada malam itu. Fikiran ku terus mengatakan yang Acey kemungkinan tengah berdebat dengan papanya. Tertanya-tanya jugak aku sama ada syarat yang akan Acey kenakan itu adakah diterima oleh papanya? Jawapan nya akan ku nantikan dengan sabar dari mulut Acey sendiri. Pukul 1.06 pagi. Aku terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi SMS dari telefon bimbit yang ku letak di atas bantal berhampiran dengan ku. “Acey tengah pening le… ada masa akak nak jumpa Fio…” “Kenape Acey? Ape yang memeningkan Acey? Macamaner dengan discussion ngan papa tu? Ok ke?” “Ermm cakap ngan kakak, nak jumpe, Fio tak de masalah. Kim salam ngan dia.” “Kakak nak kenal jer, Acey la ni tengah tension.” Jawapan ringkas Acey tidak menjawap ape yang aku soalkan padanya. Ku fikir mungkin fikiran Acey betul-betul tengah berserabut agaknya.Kemudian aku menerima panggilan darinya. Ada nada kecewa dan sedih pada suara Acey. Kesian Acey. “Acey, macam maner? Papa setuju tak?” “Fio pergi tido ok. Dah lewat ni. Esok Acey call Fio bagitau ape dah jadi ok. Akak ade kat umah Acey. Dia nak kenal Fio. Asyik kim salam jer. Akak nak tengok siape orangnyer.” “Ok. Fio tido dulu yer. Acey jangan banyak fikir sangat. Take it easy ok.” “Fio, Acey saaaayang Fio.” “Ye ke..thanks! Fio pun sayang sangat ngan Acey.” Ucapan Acey terakhir membuatkan aku terkedu dan banyak berfikir. Adakah ucapan itu lahir dari keikhlasan hatinya? Atau perasaan luar kawalannya sahaja? Emosi dan fikirannya terganggu, jadi apa yang diucapkan itu kemungkinan lari dari rutin pengucapan biasa. Ah! Yang pasti malam itu tidurku tidak lena. Aku berangan dan membayangkan sejuta keindahan hidup bersama Acey. “Hello Fio, buat ape?” “Baring-baring jer. Naper?” “Rindu!” Alahai...sweetnyer pengucapan ikhlas itu. Aku semakin tidak sabar untuk menemui Acey pada hari Ahad ini. Setiap masa dan ketika hatiku hanya ada Acey. “Shed a tear cause I’m missing you. I’m still allright to smile...Think about you everyday now...” “Wow. Yer ke! Sme - sme. Loving you!” --------------------------------------------------------- Pagi khamis, seawal pukul 10.50 Acey sudah menghubungi aku. Katanya dia sedang keluar hendak pergi ke ofis. Wah aku merasakan yang rindu kami sama-sama seimbang antara satu sama lain. Dapat aku rasakan sebagaimana aku merinduinya setiap detik begitu juga Acey. “Acey dah nak pergi ni. Cium sikit! Sikit jer.” Permintaan dari Acey membuatkan aku merasa tergamam dan terpaku sekejap. Aku tahu dia hanya bergurau, aku pura-pura tidak mengerti maksud itu. Jadi, aku abaikan saja permintaan Acey walaupun jauh disudut hatiku, bukan sahaja aku mahu cium dia tapi lebih dari itu. Ingin sekali aku peluk dan sayang Acey sepuas hatiku. Untuk menyedapkan hatiku, aku hanya menghantar SMS yang mempunyai makna yang amat dalam. Kukira sudah cukup bertuah sekiranya Acey dapat memahami isi SMS tersirat itu. “Really miss u. Keje baik-baik ari ni ok. Senyum slalu. Ingat Fio kat sini jugak tau. Saaaayang Acey. Mmmuahh.” Puas hati aku selepas menghantar SMS bermakna itu. Tapi aku sangat terkejut apabila mendapat balasan SMS dari Acey. “Geli le...” Ringkas balasan Acey. Perasaan malu tiba-tiba datang menyerang dari pelbagai arah. Tapi yang nyata, hatiku sedikit rasa menyesal kerana buat kali pertama aku menulis sesuatu yang bakal memusnahkan masa depan persahabatan antara aku dan Acey. Buat pertama kalinya juga, aku tidak berlaku professional dalam perhubungan kami. Tetapi cepat-cepat aku fikirkan idea bagaimana untuk menutup perasaan malu aku ini. Pantas aku membalas SMS itu. “La tak payah Acey nak rasa geli. Itu Fio tulis sebab nak sedapkan hati Fio jer. Nak pujuk hati sendiri. Macam gila kan?!” Dalam keadaan kelam kabut itu, aku sempat berfikir kemungkinan Acey sedang enak mentertawakanku kerana SMS bodoh yang telah aku hantar kepadanya. Tak mengapa. Kerana apa yang aku buat, apa yang telah aku lakukan semuanya datang dari dalam hatiku yang ikhlas, tulus dan suci. Bukan tindakan bodoh atau berpura semata-mata. Yang nyata aku semakin menyayangi Acey. Tidak pula aku tahu sekiranya Acey sudah tawar hati untuk bersahabat denganku. Itu terpulang kepadanya. Semua orang ada hak termasuk Acey. Ya... Acey berhak menentukan siapakah kawan-kawan di dalam hidupnya. Jika tertakdir bahawa setakat ini sahaja hubungan antara aku dan Acey maka sudah pasti aku pasrah dan menerima dengan rela. Namun aku pasti, Acey tidak akan tahu kenangan ini akan tetap segar diingatan sampai ke hujung nyawaku. --------------------------------------------------------- Hari Ahad, 20 Mac 2005 tiba jua. Hari yang paling bermakna dalam tempoh 50 hari perkenalan aku dan Acey kerana inilah hari di mana kami bakal bersua buat pertama kalinya. Berdebar-debar perasaanku sejak dari pagi. Aku berdoa semoga pertemuan itu nanti berlangsung dengan lancar. Seawal pukul 2 petang aku sudah selesai bersiap-sedia untuk keluar berjumpa dengan Acey. Aku tidak mahu Acey menunggu sekiranya aku yang terlambat nanti. Biarlah aku yang mengambil risiko menunggunya kerana Acey tidak pula memberitahu waktu yang tepat bila kami akan berjumpa. Aku masih berharap Acey tidak akan membatalkan perjumpaan kami pada hari itu. Aku terus setia menanti panggilan darinya. Aku hampir-hampir terlelap kerana menunggu Acey. Terakhir Acey menghubungiku pada pukul 11 pagi mengatakan kemungkinan dia terlewat, kerana terdapat beberapa orang pekerja baik pulih sedang membaiki pintu rumahnya yang rosak. Tidak pula aku di beritahu bila kerja-kerja itu akan siap sepenuhnya. Harap-harap Acey mengotakan janjinya untuk berjumpa denganku. Nasib baiklah ada rancangan Tamil Movie yang disiarkan di saluran NTV7 pada petang itu. Dapatlah juga aku menghabiskan masa dengan menonton rancangan itu sementara menunggu kedatangan Acey untuk menjemputku keluar. Hatiku sedikit resah kerana memikirkan pelbagai kemungkinan mengapa Acey masih tidak muncul-muncul. Kukira hatiku sudah cukup tenang sekiranya Acey menelefonku dan memberitahu mengapa dia terlewat. Aku cuma ingin mengetahui dimana dan bagaimanakah keadaan Acey sekarang. Samaada dia masih dirumah, didalam perjalanan menjemputku, adakah dia terlupa dengan janjinya untuk keluar berjumpa denganku atau mungkin dia ditimpa bahaya atau sebagainya. Hatiku masih tertanya-tanya, ku rasa kerja-kerja membaik-pulih pintu tidaklah pula mengambil masa sehingga satu hari suntuk. Jadi, dimana Acey sekarang? Apakah yang sedang dilakukannya? Persoalan itu berterusan bermain dimindaku. Aku tiba-tiba jadi keliru. Sudah 3 jam berlalu aku bagaikan basi dalam pakaian itu kerana menunggu Acey. Aku berkira-kira, sekiranya dalam tempoh satu jam dari sekarang Acey tidak juga muncul, aku akan tutup telefon dan terus membuat andaian bahawa Acey sebenarnya seorang yang suka memungkiri janji dan tidak sesuai menjadi sahabat aku. Aku benci pada orang yang pandai berhelah dan menipu. Aku tidak dapat memaafkan seorang penipu seperti Acey. Didalam hati, aku sedikit terkilan kerana hampir pukul 5 petang aku masih berada dirumah. Sesungguhnya aku betul-betul kehilangan mood untuk keluar. Akan tiba masanya untuk aku menutup telefon dalam tempoh setengah jam lagi. Biarlah Acey tahu bahawa aku tidak suka berkawan dengan orang yang mempunyai sikap seperti itu, sesuka hati membuat janji tetapi tidak pandai mengotakannya. Dia seperti kebanyakkan lelaki lain, begitu cerdik untuk berkata-kata tetapi tidak berusaha untuk memaknakan kata-kata itu. Huh! Barulah ungkapan ‘semua lelaki sama’ yang rata-rata diungkapkan oleh kebanyakkan perempuan selama ini, aku fahami sepenuhnya sekarang. Rupanya aku bakal di tipu untuk kesekian kalinya. Ah! Penatnya aku menjalani hidup di atas dasar bayang-bayang penipuan. Ingin sekali aku menjerit sekuat hati, biar hilang suara, aku tidak kisah tentang itu, asalkan semua kesakitan hati yang melanda aku ketika ini pergi jauh, hilang dari hidupku dan takkan kembali lagi. Arggghhhhh! Terfikir juga aku mengapa Acey tidak sahaja memberitahu waktu yang tepat bila dia akan datang menjemput aku, maka senangla untuk aku membuat persiapan bila dan waktu mana aku sesuai bersiap sedia. Ini tidak, aku terpaksa mengambil masa selama 3 jam lebih untuk itu. Tepat pukul 5.15 petang barulah Acey menghubungiku. Aku berpura-pura bernada biasa walaupun didalam hati aku sedikit hampa kerana sekian lama aku menunggunya. “Hello, Fio, Acey kat Carrefour. Fio boleh datang Carrefour tak? “Kat mane umah Fio ni?” “Acey nampak stesen minyak BP tak? Masuk kiri jalan selepas stesen BP tu lepas tu amik kiri yang kedua then terus jer sampai la Acey jumpe jalan mati. Kat situ Acey tunggu Fio ok.” Aku faham, sebenarnya Acey nak aku tunggu dia di Carrefour, ini m ======================================================== Banyak kali aku berfikir. Setiap hari aku bertanya pada diri sendiri. Aku hampir gila memikirkan tentang Acey setiap hari. Betul ke Acey ikhlas berkawan denganku? Atau dia hanya berpura-pura? Pernah dia berpesan menyuruh aku setia kepadanya tetapi bagaimana dengan dirinya sendiri? Bukan senang bagi aku untuk berubah hati mendapat kawan baru kerana aku tahu, dalam hidup ini perkara yang begitu payah dan sukar adalah untuk mendapat kawan yang saling memahami, hormat-menghormati, faham kehendak, tahu emosi, penyayang, bersabar, tabah, pemaaf, dapat berkongsi suka dan duka, bertanggungjawap pada keluarga, diri sendiri dan tidak lupa tanggungjawabnya kepada tuhan. Kukira Acey hampir lengkap dengan ciri-ciri itu. Oleh sebab itulah aku masih setia dan sayang untuk meninggalkan Acey walaupun aku mempunyai banyak pilihan dan kawan lelaki yang lain. Tiada alasan untuk aku meninggalkan Acey, tiada masalah kenapa aku perlu melupakan Acey, tidak ada sebab kenapa aku perlu menipu Acey. Malah tak pernah sekalipun aku terfikir untuk melukakan hati Acey. Tak mungkin aku berubah hati lagi. Aku sudah penat untuk dikecewakan oleh lelaki tidak kira sama ada mereka sebagai kawan lelaki mahupun bekas teman lelaki. Tetapi, mereka amat berbeza dan sama sekali tidak seperti Acey yang dapat memahami diri ku. Dalam masa yang begitu singkat Acey seolah-olah dapat membaca bagaimana personaliti dan perasaan aku. Kalaulah Acey tahu dan mengerti bahawa aku menyayanginya dengan sepenuh hati alangkah bertuahnya kurasa. Perlukah aku memberitahunya? Aku kira tidak perlu memberitahunya dan aku berjanji pada diri sendiri bahawa aku sekali-kali tidak akan memaksa hati orang lain untuk menyayangiku, terutamanya Acey. Kerana aku tahu kasih –sayang tidak boleh di paksa. Kasih sayang tidak boleh dijual beli. Ia nilai yang paling penting dalam hidup seseorang jadi aku perlu menjadi professional dalam persahabatan. Aku tidak boleh memaksa hati Acey sesuka hati semata-mata untuk menyayangiku. Jika ada, biar kasih sayang itu lahir dengan sendiri. Yang penting aku mahu Acey bahagia dengan hidupnya. Tidak kira dengan siapa, aku harap orang yang bertuah itu dapat membahagiakan hidup Acey dan hidup mereka bersama kelak. Maka, nanti bolehla aku tumpang sekaki bergembira bahawa hidup Acey bahagia sampai bila-bila. Bagiku, biar lah aku tidak dapat menikmati kebahagiaan dalam hidup asalkan Acey, orang yang membuatkan aku rasa gembira di saat ini, mencapai kesejahteraan dan semoga dia menikmati kebahagiaan yang sepatutnya didalam kehidupannya. Mengetahui bahawa Acey gembira dengan hidupnya, itu sudah membuatkan aku cukup berpuas hati. Disaat aku begitu rindukan Acey, aku sempat mengarang sesuatu untuk menenangkan diriku sendiri. “ Sedih rasa hati ingin ku tenteramkan agar ia tidak menangis kerana terluka. Jiwa yang seakan memberontak, membuatkan aku kaku tanpa arah tuju. Di situ dan juga di sini tempat bermula dan juga berakhir sebuah illusi. Ku pungut setiap dedaun yang berguguran ke bumi, lalu ku kumpul dan tersingkaplah satu memori lama. Ku tahan sebak di hati, mengenang akan hati dipermusuhi. Sendu di hati tiada siapa yang tahu dan mengerti dan takkan ada sesiapa yang dapat mengubatinya. Inilah aku yang seringkali di persenda oleh keikhlasan dan kesetiaan. Aku-Fio “ ========================================================= “Fio cintakan Acey atau jatuh cinta ngan Acey?” “Norway 7 hari. Melbourne 11 hari. “ “Dalam masa 18 hari ni, Fio setia ke kat Acey?” :Sekarang kebanyakkan perempuan suka buat hal”. “Benda yang tak patut hilang dalam hidup kita adalah kasih sayang yang tinggi. Benda2 lain bukan tak penting tapi jatuh nombor dua. So, pastikan nilai yang pertama tak hilang dari Acey. Fio sayang Acey. Jaga diri ye...” Selamat datang tahun baru 2006-Tahun bahagia Hello Tia Fiona, taHun ini taHun penuH bermakna untuk kamu.History of life will meetinG you! Aku terima panGGilan satu minit dari Acey. Jumaat…3June 25…17.07pm. “Hello, Fio, kat mane? OklaH nak balik kG!”. “kat ofis…ye ke nak balik kG...................to be continued soon...